Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, February 24, 2011

Wardah & Collection

I love fesyen. Sbnrnye, dari zaman remaja lagi aku suka akan kecantikan dan dunia fesyen. Tp sbb badan yg agak comel dan montel hehehe, jd aku xberapa minat melaram tuk diri sendiri. Masa zaman remaja dulu, suka menghiaskan adik perempuan aku, kiranye apa saja selera fesyen yg aku minat dan idamkan akan ku pakaikan pada adik aku. Kiranye kalau dah pakai kan kat dia, aku dah cukup puas dah umpama aku yg memakainye. Masa study kat langkawi dulu, macam2 jenis baju aku belikan tuk dia.
Sekarang ni bila dah ada anak, dpt pula anak perempuan, hmm..segala keinginan fesyen aku , ku taburkan keseluruh tubuh dia. Apa saja nampak comel aku beli. Tak kira murah or mahal, asal ada duit lebey tuk shopping mesti xkan lupa pakaian tuk dia, w/pun hanya sehelai baju.
Pasar malam, Mall, butik semua aku jenguk. :)))
Hasilnye, anak ku kini jadi suka akan baju2 yg cantik dan hiasan2. Hmm..pantang kalau ada bawa balik pakaian baru tuk dia, xsabar2 dia nak pakai. Sampai nak bawak tido xmau tanggal2 dah. Hai..anak sorang, semua be
nda nak cuba and buatkan.
So layanss...

Tengoklah baju2 ni, ni yang hanya untuk pakai kuar jalan2 jerk or nak pergi apa2 majlis.

Umur baru 2 tahun, tp baju ngalahkan ibu yg dah 29 tahun ni.
(Dlm kotak merah tu baju masa baby, Dlm bakul tu baju2 untuk pakai rumah, dan dalam bekas laundry tu baju2 umur 1Y yang dah xmuat pakai).

Monday, February 21, 2011

Makna Cinta Pada Allah Untuk Seorang Wanita Berkeluarga

Cinta pada Allah adalah satu perasaan mendalam apabila Anda terdorong mahu melakukan sesuatu kerana ingin mendapat perhatian Allah. Anda melakukan sesuatu bukan untuk mendapat balasan dari seseorang dan bukan untuk mendapat untung tapi untuk meraih perhatian Allah, untuk meraih kasih sayangnya. Anda berbuat baik kepada orang sekeliling supaya Allah perhatikan apa yang Anda buat.

Wanita adalah golongan paling mudah mendapat pahala terutama jika wanita itu adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang suri rumah, seorang anak kepada ibu dan bapanya. Jika Anda seorang wanita,Anda boleh menerapkan rasa cinta pada Allah ni dalam segenap aktiiviti harian Anda.

Bagaimana? Caranya, niatkan berbuat sesuatu kerana Allah. Apa saja yang Anda buat, niatkan kerana Allah, niatkan mahu berbuat kebaikan moga dengan kebaikan itu Allah mampu memberi perhatian kepada Anda lantas merahmati kehidupan Anda.

Elak berbuat sesuatu kerana mahu dipuji, kerana mahu disanjung, kerana mahu dihargai atau kerana mahu meraih kejelesan orang lain. Apabila Anda berbuat sesuatu kerana Allah, secara automatik pasangan Anda jadi lebih tertarik pada Anda. Orang lain juga akan tertarik kepada Anda tanpa Anda sedari.

Lebihkan peranan. Lebihkan memberi bakti, bukan mempersoalkan hak. Elak mempersoalkan apa yang sepatutnya Anda dapat.

Kenapa perlu elak? Sebab apabila Anda mempersoalkan hak, Anda akan diapi-apikan oleh EGO. Ego adalah salah satu pendorong konflik rumahtangga kerana ego membangkitkan kemarahan

Berikut adalah 3 cara bagaimana untuk menerapkan rasa cinta pada Allah sebagai seorang wanita berkeluarga:

1. Turunkan ego.
Mulai saat ini, sebagai seorang wanita, Anda kena turunkan level ego Anda. Jangan bercakap pasal hak,jawatan, pangkat, pendapatan, jumlah duit yang Anda ada, pencapaian Anda dan kebaikan-kebaikan Anda. Ubah prespektif.

Sebaliknya, banyakkan berbuat kebaikan pada suami, pada anak-anak, pada mentua, pada ipar duai, pada adik-beradik Anda, pada jiran-jiran, pada orang-orang di sekeliling Anda. Zahirkan rasa cinta pada Allah dengan merajinkan diri berbuat kebaikan. Berbuat baiklah dengan niat kerana mahu menambah rasa takwa. Anda berbuat baik kerana Anda mahu Tuhan melihat perbuatan baik Anda. Moga dari itu, rasa bertuhan di dalam hati semakin kuat, semakin berakar, semakin utuh.

2. Niatkan segala perbuatan 100% kerana Allah.
Apabila Anda melayan suami, niatkan layanan Anda tu untuk Allah, maksudnya, berbuat baik pada suami supaya Anda melihat apa yang Anda buat, supaya dari perbuatan baik Anda pada suami tu kesannya hidup Anda diberkati. Anda buat semua tu kerana Anda mahu Allah redha pada Anda, supaya apabila Allah redha, Dia menurunkan kebahagiaan dalam rumah tangga Anda.

Sebagai contoh, apabila Anda memasak, niatkan masakan itu kerana Allah iaitu dengan memasak untuk menggembirakan hati suami, untuk menggembirakan hati anak-anak juga untuk menggembirakan hati orang-orang yang tinggal serumah dengan Anda.

Jika Anda sedang menyediakan sarapan pagi niatkan perbuatan Anda itu untuk Allah, maksudnya Anda menyediakan sarapan pagi didorong oleh rasa takwa, iaitu berbuat baik kerana mahu perbuatan Anda dapat memancing ‘special attention’ daripada Allah. Bila Allah sudah memberi perhatian, pasti rahmatnya melimpah ke dalam hidup Anda sekeluarga. Kesannya, pasti suami bahagia menjalani hidup bersama Anda, pasti anak-anak bahagia beribukan Anda.

3. Jaga hubungan dengan Allah, jangan hubungan dengan suami serta orang-orang di sekeliling.
Jaga hubungan Anda dengan Allah dengan bersembahyang, membaca Quran, berpuasa. Hati Anda kena dikemudi. Lakukan semua tu kerana Allah, iaitu kerana mahu menambah rasa takwa kepada Allah, bukan sekadar mahu beribadah untuk menambah pahala. Jaga hubungan Anda dengan suami, dengan anak-anak, dengan orang lain. Buatlah kebaikan selalu pada mereka supaya dengan itu hubungan Anda dengan mereka sentiasa terjaga. Inilah caranya bagaimana Anda menerapkan rasa cinta pada Allah dalam segenap kehidupan Anda. Hati Anda biar difokuskan untuk memberi kegembiraan. Gembirakan suami dan anak-anak simply kerana Anda mahu melihat keceriaan terpancar di wajah mereka kesan dari peranan Anda.

Islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar sebuah agama. Terapkan rasa cinta pada Allah dengan berbuat baik. Bila Anda merajinkan diri berbuat baik, pasti rasa cinta pada Allah semakin membara.

The girls got style.


TODAY mood nak story abt wardah.
Hmm..sedar tak sedar anak ibu yg sorang ni dah makin membesar. Kami (Ayah+Ibu) terkejut bila dia dah xmau pakai pakaian yg kami pilih. Dia nak pilih sendiri. Baju mana, seluar mana? Warna apa? semua dia yg tentukan. Kalau kita xmau kasi dia pakai pakaian yg dia pilih tu, dia merajuk. Hmm...hai ler anak ibu, dah besar dah sekarang. May be affect dari kebiasaan aku dari dia kecik dah biasakan dia dgn pelbagai jenis pakaian and barang hiasan so skrg she loves fashion and beauty. She dress however she wants. Apa pun i love it. It's great, that she can develop her own style. Even if it's non-matching. But I have to admit: I like it. It's kind of cool.... ;)!


Tengoklah si kecik ni, suka bergaya betul
(p/s: Abaikan rupa dapur ku yg tak terurustu hehe)